Notis Privasi

(Web)

Syarat-syarat

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan

dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif.

Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.


Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda

melalui e-mel.


Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan

bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan

supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.


Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan

dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi

bersama pihak yang lain.





Notis Privasi

(Aplikasi Mudah Alih)

Syarat-syarat

Aplikasi Helpdesk mengumpulkan data yang dikemukakan atas persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela melalui proses

pendaftaran, menambah maklumat tanggungan, menjawab penilaian kesihatan, mendaftar masuk di premis menggunakan

imbasan kod QR dan menghubungi khidmat sokongan melalui e-mel atau borang sokongan teknikal.


Maklumat Yang Dikumpul

Aplikasi ini mengumpul Data Peribadi daripada pengguna atau yang berkaitan dengan pengguna berdasarkan tujuan

(bergantung kepada penggunaan fungsi/modul Aplikasi yang digunakan oleh pengguna). Data Peribadi yang biasanya

dikumpul adalah seperti berikut:

a. Pendaftaran Penggun

• Nama

• Email

• Nombor Telefon


Ringkasan Kebenaran

Kamera: Untuk membolehkan anda mengimbas kod QR check-in bagi tujuan pengesanan kontak, atau menetapkan gambar profil anda​

Lokasi: Untuk menentukan lokasi anda semasa menggunakan fungsi berdasarkan lokasi di aplikasi ini

(Cth. Mengimbas QR kedatangan berdasar lokasi premis yang didaftarkan.)

Galeri Gambar, Fail, Audio & Video: Untuk membolehkan anda menetapkan gambar profil dan memuat turun infografik pengumuman dalam aplikasi in


Tujuan pengumpulan data adalah seperti berikut:

• Untuk berkomunikasi dengan pengguna sekiranya keadaan pengguna memerlukan makluman perkembangan di tabika

• Untuk memberi maklum balas kepada pengguna mengenai sebarang komen atau pertanyaan.

• Data lokasi pengguna hanya akan direkodkan apabila kebenaran untuk mengakses lokasi pengguna menerusi peranti pintar diberikan.

• Aplikasi ini mengumpul Data Peribadi daripada pengguna atau yang berkaitan dengan pengguna berdasarkan tujuan

(bergantung kepada penggunaan fungsi/modul Aplikasi yang digunakan oleh pengguna). Data Peribadi yang biasanya

dikumpul adalah seperti berikut:


Data peribadi yang dikumpul tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas, kecuali

diperlukan bagi mematuhi sebarang kewajipan undang-undang.

Data peribadi yang dikumpulkan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke tempat di luar

Malaysia untuk tujuan komersil.


Kesan Jika Data Peribadi Tidak Dibenarkan

Sekiranya Data Peribadi yang dibekalkan tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka permohonan atau permintaan​

pengguna untuk sebarang tujuan di atas mungkin tidak diterima atau diambil tindakan atau penggunaan perkhidmatan yang

ditawarkan oleh Aplikasi mungkin ditolak atau terjejas.

Kerahsiaan

Data Peribadi yang dikumpul oleh Aplikasi akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-

undang yang berkenaan yang mungkin berkuatkuasa dari semasa ke semasa.


Keselamatan Data

Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat

pengguna. Data in transit disulitkan dan data at rest disimpan dalam pelayan dengan ciri keselamatan yang tinggi.


Aplikasi ini mengumpulkan data tanpa nama mengenai peranti dan OS pengguna (cth.: Model peranti, versi OS) bagi membantu

kami menambahbaik Aplikasi untuk kegunaan pengguna.


Perubahan kepada dasar privasi

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, ia akan dikemaskini di halaman ini.

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi kami melalui emel ataupun di talian

Alamat

A-04-06, Tamarind Square,

Persiaran Multimedia, Cyber 10,

63000 Cyberjaya, Selangor.

Emel

Hubungi kami melalui di emel

Telefon

Hubungi kami melalui di talian: